TIPS BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

ANDA MAHU BERJAYA DALAM BISNES?

Hari ini, kami kongsikan beberapa perkara yang berguna untuk anda amalkan agar lebih bahagia serta lebih kaya dalam hidup. Perkara pertama untuk capai IMPIAN anda adalah dengan memiliki serta mengamalkan ciri-ciri orang berjaya seperti di bawah.

1. ANDA PERLUKAN VISI YANG JELAS
Anda boleh rancang whats next yang anda nak buat untuk capai visi anda. Anda boleh TULIS atas kertas dengan detail apa yang anda nak capai dalam 3 tahun dan 5 tahun.

Visi anda wajib BESAR!!
Cuma jangan bagitahu orang lain.
Nanti kena gelak atau orang sabotaj.

Jangan terlalu mudah mempercayai orang. Ehhhh SILAPPPP !! Jangan TRUST semua orang. Bekerja dengan senyap. Kubu perang anda mesti di bawah tanah. Bila dah mula berjaya atau perniagaan anda dah terbukti, baru tunjukkan kubu perang anda. Tetapi jangan tunjukkan semuanya. Sorokkan! Tunjukkan sikit jer ala-ala intai langsir tingkap. Make sure to keep it secret.
One more time. DO NOT TRUST PEOPLE ! ! !.

2. BERANI AMBIL RISIKO
Anda kena berani ambil risiko. Dah sah sah. Anda akan pernah gagal 30 kali sebelum jumpa FORMULA EMAS untuk bisnes. Its okay. Pasti anda telah belajar sesuatu setiap kali anda gagal !!! KEGAGALAN bukan pembunuh. Kegagalan adalah tanda-tanda untuk satu KEJAYAAN besar in future.

3. BERSEDIA KEMBANGKAN BISNES LEBIH BESAR
Tidak perlu tunggu perfect ! Tidak perlu tunggu SOP perfect, produk perfect. Go go moving fast… Ambil staff, besarkan team, rekrut ejen , gandakan production.

Apa yang akan terjadi??? Anda akan jadi sungguh huru hara disebabkan semua kena buat (walaupun anda ada team baru). But its okay. Anda cuma perlukan sedikit tekanan untuk tambah speed dalam bisnes.

4. SELAMAT DATANG TEKANAN
Anda perlu kenalpasti apa tahap tekanan yang anda boleh handle??? Anda perlukan tekanan yang cukup kuat untuk hentak diri sendiri yang lemau dan banyak sangat cipta alasan selama ini.

Tekanan ada 2 jenis.

1. Tekanan baik (constructive pressure).

Tekanan yang baik adalah tekanan yang datang dalam bentuk dugaan dan masalah bisnes yang membuatkan diri anda seperti baru tersedar, “Ehhh. Tak boleh jadi ni. Aku perlu buat sesuatu sekarang !!!”.

2. Tekanan buruk (destructive pressure).

Yang ini tak baik untuk diri anda. Boleh jadi tertekan dan murung sampai tahap tak lalu makan dan menyampah tengok orang.

 

 

FOLLOW LAMAN SOSIAL MEDIA SERTA OFFICIAL WEBSITE KAMI :

 @Baju Sublimation Murah

 @bajusublimationmurah

 @https://www.ricolegacy.com/ 

Leave a Reply

Close Menu