TIPS UNTUK BERJAYA DAN MAJU DALAM PERNIAGAAN

sharing is caring..

 

the-secret-to-success-feature

Untuk berjaya dalam perniagaan hari ini, anda perlu fleksibel dan mempunyai perancangan dan kemahiran organisasi yang baik. Ramai orang memulakan perniagaan berfikir bahawa mereka akan menghidupkan komputer mereka atau membuka pintu dan mula membuat duit,anda perlu mengetahui bahawa buat duit dalam perniagaan jauh lebih sukar daripada yang anda fikirkan .Anda harus bekerja keras dan menyedari bahawa tindakan tersebut bakal mengubah serba sedikit kehidupan harian anda.

social-checklist_orig

 

1. BUAT SENARAI SEMAK

Demi mencapai pelbagai matlamat dalam menjalankan perniagaaan, anda harus ada dahulu matlamat tersebut. Peruntukkan masa yang anda mahu untuk menulis pada kertas bagi matlamat yang ingin dicapai tanpa memikirkan matlamat tersebut sebenarnya sangat mustahil digapai.

Seterusnya, fikirkan perkara apa yang harus diubah seperti gaya hidup dan perbelanjaan untuk mencapai matlamat tersebut. Simpan matlamat tersebut dan bukannya letak di dalam laci.

 

istockphoto-603719574-640x640

2. PASTIKAN RUANG KERJA RAPI DAN BERSIH

Objek tambahan pada meja anda sebenarnya akan mengganggu tumpuan kerja yang anda perlu laksanakan. Mungkin objek atau barang tersebut sangat bermakna bagi anda dan mempunyai banyak memori dalam hidup anda.

Tapi cuba anda fikirkan semula, “Adakah barang dan objek tambahan  ini benar-benar membantu anda memperoleh inspirasi untuk berjaya dalam perniagaan atau hanya sekadar memenuhkan ruang di atas meja anda serta menampakkan keadaan yang agak messy?” jadi,Jika barang itu tidak diperlukan  mengapa anda masih membiarkan barang itu berada di atas meja?

 

Just-Wake-Up-Early

3. BANGUN AWAL

Adakalanya, tidak kira sekental manapun anda untuk mengelak daripada sebarang gangguan namun susah untuk mengekalkan tumpuan semasa dalam keadaan gangguan tersebut. Justeru, kebanyakan businessman yang berjaya akan bangun lebih awal bagi mengatasi masalah tersebut.

Kadangkala agak sukar untuk berada dalam keadaan konsisten melakukan perkara tersebut, namun hal tersebut akan lebih mudah jika diamalkan setiap hari. Bak kata pepatah “Alah bisa tegal biasa”, dan perkara tersebut dapat membantu anda kekal fokus dalam jangka masa yang panjang.

 

 

 

FOLLOW LAMAN SOSIAL MEDIA SERTA OFFICIAL WEBSITE KAMI :

 @Rico Sports

 @bajusublimation_ricosports

 @https://www.ricolegacy.com/  

sharing is caring..

Author: ricolegacy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *