TIPS REZEKI DALAM BERNIAGA

sharing is caring..
Get inspired to explore! Visit reallygreatsite.com.

 

Untuk memastikan rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati Allah, kita kenalah pastikan cara kita mendapatkan rezeki itu adalah mengikut jalan yang betul.

  1. Demi mengejar keuntungan, janganlah kita lupa kerugian juga tetap menanti kita di depan. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.
  2. Kita mestilah berniaga dengan jujur dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.
  3. Perniagaan mengajar dan melatih diri kita agar menjadi insan yang sabar, tabah, amanah dan cekal. Jadi, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah bagi kepada kita.
  4. Rasuah adalah salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap kali berlaku dalam kebanyakan bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkanlah dari dosa besar ini kerana ia akan memudaratkan diri dan perniagaan kita.
  5. Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum itu umpama magnet rezeki untuk peniaga.
  6. Memastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan keadaan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.
  7. Jangan sombong dan bongkak dalam mencari ilmu berniaga. Hargailah ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.

 

 

FOLLOW LAMAN SOSIAL MEDIA SERTA OFFICIAL WEBSITE KAMI :

 @Rico Sports

 @bajusublimation_ricosports

 @https://www.ricolegacy.com/  

 

sharing is caring..

Author: ricolegacy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *