KELEBIHAN PRINTING JERSI SUBLIMATION

sharing is caring..
jersi sublimation
jersi sublimation

Pemilihan jersi sublimation sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia sebagai pakaian untuk bersukan walhal juga secara santai. Pemakaian jersi sublimation menjadi pilihan rakyat Malaysia bermula rancak pada beberapa tahun sebelum ini.

Kenapa jersi sublimation menjadi pilihan rakyat Malaysia?

Kami akan kongsikan beberapa kelebihan dari sudut teknik printing sublimation dan material kain jersi.

Dari segi teknik sublimation printing, ia mempunyai ciri-ciri Khas  dari segi full color printing, design sublimation yang nampak lebih unik & harga lebih murah berbanding printing baju secara full body dengan menggunakan teknik silkscreen.

1. Full Color Printing
Jika sebelum ini kita biasa melihat cetakan dengan teknik silkscreen di merata–rata tempat. Peniaga akan mengatakan semakin banyak warna semakin tinggi kos pembuatan kerana setiap warna memerlukan blok/stencil berbeza.

Kelebihan teknik sublimation printing ini adalah tiada had warna kerana teknik printing ini dicetak secara digital. Kebanyakan mesin printing sublimation selalunya akan dicetak menggunakan ink CMYK. Warna–warna ink akan digabungkan untuk menghasilkan lebih banyak gamut warna atau ruangan hasil warna yang lebih luas.

jersi sublimation
jersi sublimation

2. Design Sublimation Unik
Ia menjadi lebih unik kerana design dapat dihasilkan dan mencetak jersi secara menyeluruh. Setiap bahagian jersi, depan, belakang & lengan dapat di custom mengikut kehendak pelanggan itu sendiri. Ini menjadikan jersi sublimation lebih unik dan nampak lebih istimewa.

Oleh kerana kaedah printing sebelum ini dicetak menggunakan blok/stencil yang akan menghadkan kedudukan dan ruang untuk baju di print. Kaedah printing sublimation pula tiada had kedudukan dan ruang untuk baju di print. Ia menjadikan had design melangkaui imaginasi.

3. Harga Murah
Berbanding dengan kaedah printing yang lain contohnya seperti kaedah silkscreen . Kos mungkin lebih murah tetapi terdapat beberapa halangan dari segi bilangan warna dan kedudukan printing. Semakin banyak warna, semakin tinggi kos printing silkscreen. Manakala sublimation printing tiada had warna dan mampu dihasilkan tanpa memerlukan MOQ (Minimum Order Quantity). Jika dibandingkan kemampuan printing sublimation yang tiada had warna, menjadikan kaedah ini lebih murah berbanding kaedah lain seperti silkscreen.

4. Rasa Lebih Selesa
Paling ketara, bila dipegang anda tidak akan rasa seperti dicetak kerana ink telah meresap kedalam kain/fabrik.

Bagaimana proses ini berlaku?

Secara umumnya ink dalam bentuk solid apabila dipanaskan bertukar menjadi gas dan meresap kedalam kain atau fabrik. Maka terbentuklah ikatan kimia antara ink dan kain/fabrik.

 

jersi sublimation
jersi sublimation
jersi sublimation
jersi sublimation

Kelebihan – kelebihan ini amat memberi kesan kepada si pemakainya. Memang patutlah printing sublimation ini diminati oleh ramai orang. Memakai jersi sublimation ini membuatkan si pemakai nampak unik serta design sublimation ini yang direka khas memperlihatkan hanya si pemakai sahaja yang memakai design jersi ini di dunia dan juga mempunyai pelbagai warna.

 

 

 

FOLLOW LAMAN SOSIAL MEDIA SERTA OFFICIAL WEBSITE KAMI :

 @Rico Sports

 @bajusublimation_ricosports

 @https://www.ricolegacy.com/  

sharing is caring..

Author: ricolegacy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *